Monday, 19 December 2011

Pengenalan kepada orkid

Di dalam  ‘dunia’  orkid perkataan seperti  ganjilnya!, wow cantiknya!, wanginya!, eee busuk!, ini orkid ke?, mahalnya!, eksotik la! unik! dan sebagainya adalah amat biasa di dengar di kalangan penggemar orkid. Itulah tarikan seseorang untuk terus meminati orkid.
Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan  tempat taburan  hidup orkid liar yang mencapai ribuan  jenis.  Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana  saiz , struktur dan warna bunga yang pelbagai.
Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui beberapa medium;
pelancongan – pembinaan taman-taman orkid di seluruh  Malaysia
pendidikan –  penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang  datang  ke Malaysia.
industri bunga – jualan  orkid pasuan dan keratan bunga kraftangan  berasaskan orkid
Jenis-jenis Orkid
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada  beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.Baca selanjutnya
A) Spesis – merujuk kepada orkid liar.  Di dalam penulisan   piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:
a.      Huruf  ‘italic’ digunakan
b.      Hanya huruf pertama sahaja huruf  besar, yang lain adalah berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina
B)  Hibrid –  merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau  sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
a.      Huruf  tegak digunakan sepenuhnya
b.      Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.
Contoh :  Phalaenopsis Timothy  Christopher
Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum  Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukanArachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)
Pengkelasan  mengikut cara pertumbuhan
a)  Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun  baru tumbuh  di setiap hujung stem tersebut.
b)  Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.

No comments:

Post a Comment